TIPS DARI KAMI :

Tips yang hendak saya kongsikan ini berdasarkan dari pengalaman selama berbelas tahun travel sendirian dan membawa peserta.  Tips yang saya akan bagi adalah, dari mulai hingga tamat lawatan, di harap bermanafaat untuk anda semua.

1.  AGEN PELANCONGAN :
Pastikanlah anda memilih travel agency yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan demi keselamatan anda, anda boleh melayari laman Kementerian untuk memastikan ia berdaftar atau tidak.  Seperti yang kita tahu banyak orang persendirian yang membuat tour.  sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini anda mungkin akan menghadapi masalah kerana Kementerian Pelancongan tidak akan mewakili anda untuk mengurus hal2 tertentu.  Anda mungkin saja akan tertipu, banyak kes-kes penipuan telah berlaku.  Hanya gara-gara mencari harga yang murah hingga tidak masuk akal akhirnya kita rugi banyak.  Banyak kes yang peserta sudah di airport, tapi tiket tidak ada ataupun sampai di distinasi tiada orang yang mengurus anda.  Jadi berhati-hatilah…. Kita nak bercuti istilahnya berehat dan santai menikmati keindahan alam jadi kita tidak maulah perkara ini berlaku pada diri kita kan…..


2. HARGA PAKEJ :
Ini juga banyak orang yang tidak sedar tertipu.  Setiap pakej yang di urus oleh Tour Company yang berdaftar pasti harganya agak mahal sedikit tetapi anda di jamin selamat.  Harga juga bermacam-macam yang ditawarkan, setiap harga yang ditetapkan pasti ada kelebihan dan kekurangan mengikut harga yang ditawarkan.  Macam orang putih kata “What you Pay What you get”. Jadi anda harus bijak untuk membuat perbandingan, bayar lebih sedikit anda akan dapat penambahan tempat, lebih baik daripada anda bayar murah tapi banyak tempat anda miss…. Itu pandangan sayalah, kita bukannya mahu datang ke sana berkali-kali jadi bila ke sana haruslah dapat melihat lebih banyak. Senang cerita banyak dan jauh berjalan,  harus banyak pakai minyak dan sebagainya, itu kena ambil kira juga berbanding anda dihantar kesatu tempat ½ atau 1 hari di situ, yang bergerak anda saja, kenderaan, pemandu, guide duduk santai.


3. PERBEZAAN JALAN SENDIRI DENGAN JOIN TOUR :-
Mengikut pengalaman saya, sejak 1986 hingga 2014 saya selalu jalan sendiri kadang bersama anak saya.  Kalo nak kata murah…ok..ok.oklah tapi tak berbaloi bila saya ingat kembali.  Memang masa kita yang tentukan, tidak kalang kabut kata orang.  Tapi anda mesti ingat satu hal anda banyak membuang masa dan kurang tempat di lawati. Biar saya terangkan….

Hari lawatan kena lama, sebab dalam sehari anda mungkin hanya biasa melihat 1-2 tempat sahaja, sebab keluar dari hotel atau Ghouse lewat maklumlah santai kan.  Berjalan jauh ke subway…memang subwaynya canggih tapi kita kena naik turun dan kadang pindah subway untuk sampai ke distinasi, ingat ya… anda harus melaluinya lagi masa balik nanti. Bagi yang dah berumur ini amat memenatkan.

Mencari makanan halal juga satu hal untuk kita, selalunya tempat makanan halal agak jauh daripada bandar.  Ini kerana kedai yang menyediakan makanan halal jarang di masuki oleh penduduk setempat jadi ia bergantung penuh dengan pelawat berugama islam saja jadi untuk menyewa kedai di kawasan strategic memang mahal.

4. DATANG AWAL KE AIRPORT….. KENAPA PERLU AWAL???:

Datanglah awal jika perjumpaan di airport pastikan anda berada di airport 2-3 jam lebih awal. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam perjalanan, jadi dengan bergerak awal kita masih sempat untuk berbuat sesuatu untuk sampai ke airport.

Kalau semua berkumpul awal, lebih mudah kita meyusun bagasi2 kita dan mengambil tag bagasi tanpa kalang kabut. Seperti yang kita maklum tag bagasi hendaklah dilakukan lebih awal.

Tidak kalang kabut untuk check-in dan bila selesai awal kita boleh santai berjalan ke GATE, tanpa berlari2 mengejar masa, maklumlah kadang2 gate international terlalu jauh, bonus kalau ianya dekat.

5.  BAGASI :-
Paling selesa bawa 1 beg pakaian (dimasukan dalam kargo) dan 1 beg kecil untuk memuatkan alat2 keperluan semasa dalam perjalanan hingga sampai kedistinasi.

Biasalah namanya pun WANITA…. Semua barang nak dibawa sampai mampat beg kadang2 yang tak perlu pun di bawa.  Jadi, anda semua sebaiknya elakkan membawa beg yang terlebih muatan. Yelah, nanti menjadi satu beban pula untuk anda membawa barangan tersebut. Tambahan lagi, kalau pergi bercuti ni besarlah kemungkinan untuk anda membeli belah kan? Jadi, kemungkinan untuk beli pakaian baru tu pasti ada. Jadi tak perlulah bawa baju lebih-lebih sehingga terlebih muatan.

6.  TATATERTIB SEMASA LAWATAN :-

i.  Penggunaan Tandas:-
Ini juga penting di ketahui terutama kalo kita ke Jepun, Korea atau Negara orang putih, penggunaan tandas, mereka tidak suka berbasah-basah seperti apa yang berlaku di sini.  Bila hendak bercebok pastikan anda lakukan betul-betul di lubang tandas janganlah seperti setengah orang macam baru siap mencuci tandas, habis basah semua lantai kadang sampai ke dinding, pelik tapi benar hahahahaha.

ii.  Rakan Sebilik :-

Kadang kita terpaksa berkongsi dengan orang lain dalam bilik hotel, jesteru itu pastikan janganlah terlalu berbasah di tandas, sebab kita takut kalo lantai basah tanpa disedari oleh rakan kita, dia mungkin boleh tergelincir di atas kecuaian kita. Selalu lah lap permukaan singki dan lantai sekiranya basah.

  • Biasalah bila kita traveling pasti ada saja yang kita beli, pastikanlah kita berkemas bersama-sama jangan time kawan kita hendak tidur kita pula berkemas, dia pasti terganggu. Tidak semua orang boleh tidur bila kita buat bising, walaupun memang ada orang yang boleh.
  • inilah masanya kita berwhatsapp bila sampai di bilik, upload gambar, bervideo call dan berbagai-bagai, tapi pastikanlah kita buat semasa rakan kita juga sama2 masih bangun, bila rakan kita sudah tidur slowkan volum hp kita agar dia tidak terganggu. Begitu juga bila kita mendengar lagu2 atau video yang ada di hp, slowkan atau paling baik gunakanlah EYE PHONE kerana tidak semestinya lagu yg kita suka dengar, orang lain pun suka begitu juga dengan video tidak semestinya rakan kita juga suka dengan video dan suaranya.

 

iii.  Berjalan dalam group :

       * Bila kita berjalan dalam group kita kenalah selalu mendengar maklumat yang disampaikan oleh Tour Leader / Guide kita. Jangan kita selalu hilang dari group kerana ini akan menyukarkan mereka dan besar kemungkinan semua orang dalam group juga tidak senang asyik menunggu kita sahaja.

  • Sekiranya kita hilang dari group, pastikan kita diam di tempat sahaja agar mudah di cari oleh Guide nanti.
  • Dan sekiranya anda ingin singgah membeli barang atau hendak ke tandas maklumkan rakan kita agar bila di cari anda diketahui di mana.

7.  SIM CARD :
Bagi yang ada keperluan untuk menggunakan hp, sila sewa alat roaming  jadi tidak kalang kabut nanti sebab tidak dapat exses internet.  Internet hanya ada di hotel atau sebahagian restaurant sahaja.

8.  TUKAR WANG TERLEBIH DAHULU:-

Ini penting juga, pastikan anda tukar duit anda awal2 tetapi janganlah tukar duit hanya cukup-cukup saja. Tidak bolehlah begitu, ini kerana mungkin semasa rakan2 berbelanja anda teringin juga berbelanja sama, pada hal pada mulanya tidak mau shopping. (ini selalu terjadi)

Jadi, kan lebih bagus jika anda bawa duit lebih buat simpanan kalau ada hal-hal yang kita tak jangka akan jadi. Senang cerita, duit kecemasan lah. Bawa duit lebih tak mengapa, jangan kurang. Nanti menyusahkan pula terpaksa pinjam-meminjam. kalau anda takut, anda boleh tukar KAD DEBIT anda ke penukaran antarabangsa atau lebih senang KAD KREDIT.  Anda perlu maklumkan pihak bank yang anda akan ke….. dari….hingga…. jadi mereka akan buka sekatannya dalam tempoh tersebut.

9.  INSURAN PERJALANAN :-

Mungkin anda rasa dengan mengambil travel insurance ini hanya akan menambah perbelanjaan anda sahaja.  Ini juga amat penting, walaupun kita mempunyai lindungan insuran semasa tour, tapi diluar masa tour anda tidak terlindung. Anda perlu sedar bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku ketika anda travel. Anda mungkin dirompak ketika sedang menunggu bas. Anda juga boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti mana ianya boleh terjadi di negara anda sendiri. Mungkin juga anda terpaksa meninggalkan negara tersebut kerana bencana alam yang berlaku. Macam-macam perkara boleh berlaku walau sebaik manapun kita merancang perjalanan kita.

Travel insurance mampu melindungi anda ketika anda berada di luar negara dan sememangnya tidak patut dielakkan. Anda HARUS mengambil travel insurance sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara kerana ia bertujuan untuk melindungi anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan termasuklah medical dan non-medical emergency. Jika sesuatu berlaku kepada anda, contohnya seperti kemalangan, dan anda tidak mempunya insurans, semua kos perbelanjaan perubatan yang kebiasaannya boleh mencecah sehingga beribu-ribu ringgit harus ditanggung oleh anda sendiri.

10.  PASSPORT DAN NAMA :

       * Pastikan passport anda masih sah laku 6 bulan pada masa anda balik ke Malaysia. Sebab kalau anda tidak perasaan perkara tersebut, tidak ada tolak ansur, anda tidak akan dibenarkan terbang, jadi jangan ambil lewa hal ini.

  • Semak ejaan nama anda semasa dimaklumkan bahawa tiket telah ada, pastikan sama dengan nama di passport anda untuk mengelak anda nanti tidak dibenarkan terbang.
  • Akhri sekali check boarding pass anda, pastikan nama di boarding pass sama dengan passport anda. 

11.  APA PERLU DI BAWAH?
Siapkan awal-awal apa yang hendak di bawah kemudian buatlah check list untuk ditanda sehari sebelum berangkat agar tidak ada yang tertinggal. Sebagai contoh :-

  • *Passport (pastikan masih sah 6 bulan sekembalinya ke Malaysia)
  • *Tukaran wang (elakan beli di airport)
  • *Charger hp
  • *Soket set (ini untuk memudahkan mencaj hp, bateri camera dll)
  • *Ubatan
  • *International socket
  • *Kasut yg sesuai untuk lawatan.
  • *Serika baju (beli di shoppie tidak juga mahal, kalau selalu travel baik ada )
  • *Extra hanger ( jika perlu, ini juga ada jual di Shoppie murah jak boleh lipat)
  • *Monopot jika anda suka bergambar.
  • *Timbangan (boleh dibeli di Shoppie, kalau selalu travel lebih baik beli )
  • *Makanan / minuman tambahan mengikut keperluan.
  • *Sentiasa bawa extra beg berlipat, siapa tahu kadang terlebih berbelanja.

Akhir sekali ikutilah  maklumat Tour Leader anda dari masa kesemasa.

bottom 1

bottom 2

bottom 3

HUBUNGI KAMI